Pages

Friday, September 2, 2011

bed time story ~ Kenapa Awak Begitu - part 1



Angin sepoi2 bahasa meniup ke wajah aisyah di tepi tasik yang indah nan permai. Sesekali air matanya mengalir membasahi pipi dan tudungnya. Di kesatnya lembut dan kembali merenung jauh ke dasar tasik walaupun pandangan tidak mungkin sampai ke dasarnya. Hatinya sebak mengenangkn percintaan yg terjalin selama 5 tahun lamanya kini putus dgn seribu tanda tanya. dimanakah silapnya? siapakah yg bersalah? apakah tiada jalan penyelesaian? semuanya masih menjadi tanda tanya. Kekasih yg cuba dihubunginya tidak pernah jawab malah selalu mengelak dr berjumpa atau menjawab panggilannya. Mesej terakhir "Perhubungan kita cukup sampai disini saja! Maafkan abg". Mesej penutup yg penuh dgn tanda tanya. Apa salah Aisyah? pelbagai andaian muncul di benak kepalanya. Aisyah semakin putus asa dan pasrah dgn keadaan itu. Walaupn hatinya bagai dicarik-carik namun begitu dia cuba menenangkn jiwanya. Di tasik inilah tempat dia membuang segala kesedihannya.

"Awak ok?" sapa seseorang dari arah tepi. Aisyah mengesat air matanya lalu memandang ke arah org itu. "Boleh saya duduk?" soalnya. Aisyah masih terdiam seraya mengangguk perlahan. "Maafkn saya, sebenarnya saya kerja kt gerai tu" terang lelaki tersebut sambil menudingkn jari ke arah gerai makanan ringan berdekatan. " Saya selalu nampak awk kt sini. Awak nampak mcm ada masalah sebab setiap kali awk dtg sy dpt lihat awk menangis. Ada apa-apa yg boleh sy tolong?" kata lelaki itu sambil cuba memandang ke muka Aisyah. Aisyah menggelengkn kepalanya sambil tunduk. Dia tidak selesa bila dipehatikan begitu. Lelaki tadi rasa bersalah lalu cepat-cepat meminta maaf. "Maafkn saya jika soalan sy itu membuatkn awak tidak selesa", pinta lelaki itu. "Ermm xpe, awak x salah pn. Saya minta diri dulu ye. Assalamualaikum", balas Aisyah. Lelaki itu rasa bersalah dan meminta maaf berkali-kali. Aisyah hanya tersenyum lalu melangkah pergi.

Kini hampir 2 minggu Aisyah tidak menjejakkan kaki ke tasik itu. Dia bimbang jika gerak gerinya diperhatikn orang. Tapi dia rindu akan tempat itu, tempat yg byk meninggalkn kengangannya bersama Aidil. Sebab itulah setiap kali dia berada disitu air matanya pasti mengalir, kerana rindunya pada Aidil masih dalam. Setelah lama tidak ke tasik itu, hari itu die nekad utk pergi ke situ lagi. Sesampainya di sana, dia mengintai-intai gerai makanan untuk mencari kelibat lelaki yg mengurnya dahulu. " Nasib baik dia xde", getus hati kecil Aisyah. Sedang dia merenung ke arah tasik, tetiba ada yg menyapanya. Sebelum menoleh Aisyah seperti dpt mengangak, lalu menoleh memberikn senyuman. Lelaki yg menegurnya dahulu memandangnya sambil tersenyum. "Boleh saya duduk?", soalnya sambil melabuhkn punggung di sebelah Aisyah. "Xyah tanya awk dah duduk dah pn", perli Aisyah. Keduanya tersenyum. "Nah untuk awak", lelaki itu menghulurkn Aisyah aiskrim. Aisyah pada mulanya enggan menerimanya akan tetapi selepas di desak lelaki tersebut dia pn mengambilnya. "Rasalah ais kim tu saya buat sendiri tau! xde jual kt tempat lain", kata lelaki itu lagi. Aisyak mencebik bibirnya smbil tersenyum. "Mana awk pergi lama x nampak? ke awak marah dengan saya pasal hari tu? saya minta maaf ye", pinta lelaki itu lagi. Aisyah hanya menggelengkn kepalanya. "Xdelah, saya busy byk sangat kerja kebelakang ni, so x sempat nk singgah sini", balas Aisyah. Mereka meneruskan perbualan sehingga matahari melabuhkn tirainya. " Oklah, awk saya nk balik dah! nice knowing you", kata Aisyah. "Nice knowing you too" jawab lelaki itu dengan senyuman. "BTW aiskrim awk ni mmg sgt sedap, thanks", kata Aisyah lagi. " Ha, kan sy dah ckp, sedap kn. Nanti kalau nk makan dtg je kt kedai sy tu yer", sambung lelaki itu sambil menuding ke arah kedainya. "InsyaAllah, free ke? gurau jer yer", seloroh Aisyah. "Boleh je, xde masalah", balas lelaki itu sambil menggosok kepalanya. " Oh lupa nama saya Irfan, awak?" soal lelaki itu. Aisyah memperkenalkn dirinya lalu melangkah pergi meninggalkn Irfan.

Mata Irfan melirik ke arah Aisyah sehingga hilang bayangnya. Hatinya memuji keayuaan dan kelembutan Aisyah. Sejak dr dahulu dia memerhatikn Aisyah dan memuji keayuaannya tapi agak sukar utk dia mendekati Aisyah. Akantetapi atas desakan rakannya dia memberanikn diri memperkenalkn diri pada Aisyah, malah dia memndapat respon yg positif dr Aisyah. Gembira sungguh hatinya.

Bersambung........................................................