Pages

Sunday, February 13, 2011

bed time story ~ Awak curi hati saya - PART 1


arghhhh! mana ubat aku nih.. bisik imran menahan kesakitan di kepalanya. Langkahnya semakin perlahan dan tidak stabil. Di rabanya botol kecil di dalam brief case nya. Akibat kesakitan yg amat sgt dia jatuh terjelupuk di tepi jalan raya. Kebetulan semasa itu sebuah kereta yg dipandu laju meluru ke arahnya. Kesakitan yg menguasai dirinya hanya mampu die melihat kereta itu menghampirinya. Dia menutup matanya dan hanya berdoa jika tuhan masih mahu memanjangkn umurnya.

Tiba-tiba dia terasa seperti badannya ditarik ke tepi jalan. Lantas die membuka matanya. Sepasang mata yg redup sedang memerhatikannya. "Awak tak apa-apa?" katanya lembut. "Terima kasih sebab selamatkn saya" ujar Imran sambil memegang kepalanya yg semakin berat. "Ada apa-apa yg boleh saya tolong, saya tgk awk ni mcm sakit jer. Saya hantar awk ke klinik ye?" ujar wanita itu lagi. "Sorry, saya migrain, kepala saya sakit yg teramat". kata Imran yg semakin lemah. "Awak ada ubat?" soal wanita itu. Imran hanya mengangguk sambil menujukkan bag disisinya. Wanita itu menggeledah bag tersebut dan menemui sebiji botol lalu di keluarkn sebiji pil dan memberikannya kepada Imran. Imran menelannya dan mula memejamkn matanya.

Imran terjaga dari tidur di dapati dirinya berada di dalam kamarnya. Kepalanya masih pening dan die menguatkn dirinya utk bangun dari katil. Di pergi ke ruang tamu rumahnya dan mendapati rakan serumahnya sedang menonton tv. "Ha, Im ko dah ok ke?" soal haikal teman serumahnya. Imran mengangguk perlahan tanda dia semakin sihat. "Haikal, macamana aku boleh sampai kt rumah? sapa yg hantar aku tadi?" soal Imran pada Haikal. "Tadi ada budak perempuan mana ntah yg hantar ko, aku pn x kenal. Dia kata nama dia Athira. Bukan budak opis ko ke?" Balas Haikal. Imran hanya menggeleng. "Dia ada bg ko apa2 tak?" soal Imran lagi. Haikal hanya menggeleng. Imran pn berlalu ke kamarnya untuk sambung berehat.

Keesokan harinya die telah pergi ke tempat kejadian semalam dengan harapan dia akan menemui wanita yg menyelamatknnya semalam. Dia rasa sangat terhutang budi dan nyawa kepada wanita tersebut. Setelah hampir 2 jam menunggu kelibat wanita yg ditunggu-tunggunya itu pun menjelma. Akantetapi hatinya masih tertanya-tanya adakah itu wanita yg menyelematknnya semalam. Wanita itu semakin menghampirinya. Dia agak teragak untuk menegur wanita terbabit. Wanita yg semakin menghampirinya itu mengukirkn senyuman. "Awak dah sihat?" sapanya. Imran membalas semyumannya. Ternyata benar wanita inilah yg telah membantunya semalam. "Minta maaf, semalam sy pengsan dan tak sempat nk ucapkn terima kasih pada awak. Kenapa awk x tingglkn nombor telefon awk semalam?" soal Imran. "ooo, xpe la benda kecil je, yg penting awk dah selamatkn". balas wanita itu yg tidak pernah lekang dengan senyuman. "Eh, mana boleh macam tu, awak dah selamatkn nyawa saya, saya berhutang budi dan nyawa dengan awak, saya mesti membalasnya, by the way, saya ..."kata Imran. Sebelum sempat dia memperkenalkan dirinya wanita itu terus mencelahnya. "IMRAN, saya ATHIRAH". Imran tersenyum "Mana awak tahu nama saya?", soal Imran. "Semalam masa awak pengsan saya hantar awak ke klinik dan saya nampak nama dan alamat awak di kad pengenalan awak. So, saya tahulah awak tinggal kat mana jugak", jawab wanita itu sambil tergelak kecil. Imran juga tergelak kecil setelah mendengar cerita itu. "Ermm awak kerja area sini ke?" soal wanita itu pula. "Ooo, tak lah, saya keje area ampang. client saya area sini" balas Imran. "Jadi, awak baru lepas jumpa client la ni yer", soal Athirah lagi. Imran menggeleng. Athirah mengerutkn dahi menandakn dia tidak paham. "Sebenarnya saya ke sini untuk mencari awak. Saya berharap sangat awak lalu disini hari ini. Sebab saya nk ucapkan terima kasih kepada awak." kata Imran. "awak ni, x perlulah macam tuh. saya tolong awak ikhlas", balas Athirah.

"Awak saya dah berhutang budi dengan awak, kalau x kerana awak semalam saya tak tahu saya hidup lagi ke tidak" jawab Imran kesal. "Awak hidup dan mati kita di tgn tuhan. Kalau awak nk berterima kasih baik awak memanjatkn syukur kepadaNya." balas Athirah sambil tersenyum. Imran mengangguk perlahan lantas mengeluarkn sesuatu dari poketnya dan menghulurnya kepada Athirah. "Awak ambil lah ini", kata Imran sambil menghulurkn sekeping cek bernilai rm50,000. Athirah terkedu lalu menolaknya bulat-bulat. "Apa awak ni, kan saya dah cakap dekat awak. Saya tolong awak ikhlas, saya tak nak apa-apa daripada awak. Awak tak paham ke?" balas Athirah yg mula tidak senang dengan keadaan itu. "Tolonglah cik Athirah terima cek ini, nyawa saya lebih penting dari nilai cek di kertas ini, saya merayu pada cik Athirah. Jika cik Athirah x terima cek ini sampai ke mati saya akan merasa terhutang nyawa dengan cik Athirah. Even dgn nilai cek inipun saya masih terasa terhutang nyawa dengan awak. Tolonglah terima ye cik Athirah", rayu Imran. Athirah hanya menggelengkn kepalanya. Lantas mahu meninggalkn Imran di situ tetapi langkahnya terhenti apabila Imran menghalangnya pergi. "Tolong awak jgn buat saya mcmni, saya tak tenteram selagi saya tak balas jasa baik awak. Kalau awak tak nak cek ini takpe cuma saya minta pada awak, minta lah apa sahaja sebagai balasan utk kebaikan awak semalam", pinta Imran bersungguh. Athirah serba salah, dia tidak mampu berkata. "Awak mintalah apa-apa je yg awak rasa awak nk sepanjang hidup awak tp masih belum tercapai, saya akan kabulkn permintaan awak itu",tambah Imran lagi. Athirah memandang tepat ke arah Imran. "Ok, betul ni. apa-apa pun boleh", soal Athirah sambil memandang Imran sinis. Imran menggangguk laju sambil tersenyum. Athirah pn tersenyum lalu membisikkn sesuatu di telinga Imran. "Itu je? ok boleh. Saya takde masalah. Saya akan kabulkan permintaan awak tu", balas Imran sambil tersenyum. Imran memberikan Athirah kad namanya sambil dibalas Athirah dengan kad namanya juga. Mereka memulakan perkenalan mereka di situ dan bersurai setelah perbualan mereka selesai.


FYI:
Adakah saya seorang yg baik
Adakah saya seorang yg prihatin
Adakah saya seorang memahami

No comments:

Post a Comment