Pages

Monday, February 14, 2011

cita-cita


Dulu masa kecik-kecik byk sangat cita-cita

Saya berangan nk jadi pramugari
---- x lulus. tu time kecik2 dulu la. time besar ni xdela nk jd pramugari. kang kene hambat dengan mak keliling rumah. haha... apa igt org cantik jer leh jadi pramugari. Elly Suriati pun leh jadi pramugari tau!

Saya berangan nk jadi cikgu
--- x lulus sebabnya mmg xnk jadi cikgu bila dah besar. tapi biasalah kecik-kecik dulu. jawapan yg biasa kita dgr. "Cita-cita sayer adalah seorang guru" sebab apa sebab nk bodek cikgu kita masa tu ;) Ingat lagi pernah sekali jadi anak murid kesayangan masa darjah 2. sebab dpt 100% matematik. yeay!!! padahal menipu. masa cikgu tengah tanda kertas jawapan sempat g curik kertas jawapan betulkn jawapan yg last skali terus dpt 100%. hahahah.. jaat kecik2 dah pandai menipu. Besar2? besar2 xde dah jaat lainla plak.

Saya berangan nak jadi polis
--- x lulus (mata rabun teruk) impian terpaksa dilepaskan sebab umur dah 27 tahun. Lupakan jerla

Saya berangan nk jadi Navy
---- x lulus (mata juga)ada dapat borang tawaran tapi x pergi pn trainingn tu sbb sah-sah kene reject nanti. Uwaaaa... Lagipula baru keluar neo... sedihnyer

Saya berangan nk jadi wartawan
---- x lulus sebab tukar course masa study dulu. Mula-mula apply study minta mascomm then suddenly nk tukar masuk IT sbb keje kat cc part time mcm best jerk. So, berangan nk jadi pakar IT sebab learning IT is fun compare to masscomm. Byk sangat membaca. I hate so much. So terus xnk jadi wartawan lagi. Dulu konon-konon nk ganti normala shamsudin la. cettt ada hati muka macam mak guard jerk. hahaha

Saya berangan nk jadi graphic designer
----- lulus (akhirnya jadi graphic designer tapi freelance jerla) yg betul-betul mulimedia programmer. Adik beradik la tuh kn.

Saya berangan nk jadi software engineer
---- lulus. Yeay walaupun programming skill teruk tetap berangan jgk nk jadi software engineer. hehe. pergi intensif tranining for programming skill 3 months. Finally, i declared myself as software engineer. yeayy!!! Tahu kenapa nk sgt jadi software engineer. sbb nama nyer sounds like power jer padahal kerja boleh pusing kepala 360 darjah. haha. Masa search job kt job street belambak software engineer tp segan nk apply sbb skill sgt teruk tp bila da dapat bangga x hengat. pastu menangis bila xleh wat keje. sob sob..... xpe janji impian utk bergelar software engineer tercapai. yeayyyy!!!!

Saya berangan nk jadi businesswoman
---- on tha WAY.... long way to go!

bed time story ~ Awak curi hati saya - FINAL

hari terakhir perawatan. "Terima kasih kerana sudi memilih pusat kecantikan kami. Kami amat bangga melihat perubahan pada cik Athirah. Kami harap cik Athirah berpuas hati dengan servis dan layanan dari pihak kami" kata Miss Florance konsultan Athirah. "Yer saya sangat berpuas hati dengan servis di sini. Saya akan promosi kepada kawan-kawan saya nanti. Terima kasih banyak-banyak", balas Athirah. Athirah melangkah keluar buat kali terakhirnya dari pusat rawatan itu. Imran sedang menantinya diluar pintu gerbang pusat rawatan itu.

"Nak ke mana nih?", soal Imran. "Ermmm tak tahulah. Saya belanja awak makan jom. Hari tu saya x sempat nk belanja awak dah lari", gurau Athirah. "Maaf, saya memang x boleh nk tahan sedih masa tu", balas Imran sedih. "Okay, takpe kita pergi makan ye", ajak Athirah. Mereka berlalu pergi ke sebuah restoran Italy. Makanan yg dihidang telah pun tiba dan mereka segera menikmatinya. Sedang mereka asyik menjamu selera kebetulan lalu sepasang kekasih di tepi meja mereka. Mereka berempat saling berpandangan. "Hi Im", sapa Sofea. Imran tersedak lalu mencapai air di mejanya. Athirah membalas senyuman Sofea. Hussein juga turut memberikn senyuman. "Hi, Athirah kenalkn ini Sofea dan ini Hussein", perkenal Imran kepada Athirah. Athirah agak sedikit terkejut tetapi cuba menyembunyiknnya. "Siapa ni?", soal Sofea sambil tersenyum. Imran hanya mendiamkan diri. Athirah cuba untuk bersuara utk menjawab pertanyaan Sofea. Sebelum sempat Athirah menjawab, percakapannya dipotong oleh Imran. "Dia seorang yg special di hati I", jawab Imran selamba. Athirah mengerutkn dahi memandang Imran lantas memberikan senyuman curiga kepada Sofea dan Hussein. "Baguslah kalau macam tu, kita semua boleh mulakan kehidupan masing-masing. Nanti kalau ada rasa-rasa nk buat nasi minyak jemputlah kami ye", gurau Hussein. Semua di situ ketawa kecil seperti tidak ikhlas.

Jauh di mata Sofea ada terdetik perasaan cemburu ketika melihat Athirah dan Imran mesra. Gelagat mesra Imran dan Athirah hanya mampu dilihat dari jauh. "Sofea, U OK?", soal Hussesin. Sofea tersedar lantas mengangguk perlahan. Hussein sedar didalam hati Sofea masih ada tercalit perasaan cinta pada Imran. Tapi dia akan tetap bersabar dan menunggu Sofea memberikan sepenuh hati kepadanya. "Sepadan kan mereka tu?" soal Hussein kepada Sofea. Sofea hanya mengangguk. "Sama cantik, sama padan", balas Sofea perlahan. Hussein mengangguk setuju akan Sofea.

"Awak jangan salah paham maksud saya tadi", kata Imran pada Athirah. "Ermmm salah pahama apa awak?", soal Athirah kembali. "Pasal special tu? maksud saya special tu kawan special", balas Imran. "Oooo, xpe wak saya paham lah", balas Athirah sambil tersenyum. "Alangkah bahagianya hidup jika apa yg kau lafazkan itu suatu kebenaran, seseorang yg sngat teristimewa di dalam hati kau", bisik hati kecil Athirah. "Athirah!", panggil Imran. Athirah tersentak lalu memandang ke arah Imran. "Awak suka berangan ye?", soal Imran lagi. Athirah ketawa kecil malu dengan sikapnya. "Awak ni saya cakap apapun awak senyum jer kn. Awak ni memang suka senyum ye?", soal Imran lagi. Athirah tidak menjawab hanya membalas senyuman manja terhadap Imran. Imran hanya menggelengkn kepalanya sambil tersenyum.

Pertemuan Athirah dan Imran berlarutan sehingga ke setahun lamanya. Mereka menjadi semakin akrab dan mesra. Namun perhubungan yg berlaku antara mereka hanya sebagai sahabat semata-mata. Setiap kali terserempak dengan Sofea mereka akan berpura-pura sebagai pasangan kekasih. Sofea pada mulanya amat cemburu dengan kemesraan mereka, lama-kelamaan perasaan itu tidak lagi wujud dalam diri Sofea. Dia mula belajar untuk menerima perubahan itu sedikit demi sedikit. Hussein juga berpuas hati dengan perubahan Sofea.


"Awak macamana perasaan awak sekarang?", soal Athirah kepada Imran. "Alhamdulillah, berkat sokongan awak, saya mampu lupakan dia", balas Imran keriangan. "Ha, kan saya dah cakap kita kena belajar untuk melepaskan sesuatu yg kita sayang", sambung Athirah. Imran mengangguk tanda bersetuju. "Eh awak ni, cerita pasal saya je. Awak ni dah dapat calon suami ke belum? Awak kata selepas awak dah cantikkan kulit awak, awak nk cari suami kan", gurau Imran. "Tula awak, tapi susah lah awak nak dapat yg baik. Saya nk ngorat pun takut suami orang ke pakwe orang ke. Kenapalah takde orang nk ngorat saya yer? garang sgt ke muka saya ni", kata Athirah dalam nada kecewa. "Ermmm, awak xnak cuba ngorat saya ke?" soal Imran sambil tersenyum. "Ish awak ni, xyah nk gurau dengan saya benda-benda mcm tu ye", marah Athirah. "Saya serious ni awak", balas Imran sambil merenung mata Athirah. Athirah x keruan dibuat Imran. "Awak sebenarnya saya dah lama suka kt awak cuma saya x pasti samada awak suka pada saya atau tidak", kata Imran lagi. Athirah terdiam seketika, hatinya berbunga-bunga mendengarkn luahan hati Imran. "Awak suka saya x?", soal Imran lagi. Athirah segan untuk menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan kepalanya ditundukkan dan memberikn senyumn pada Imran

Imran tersenyum memandang Athirah dan kemudian ketawa kecil. Athirah memandang Imran kehairanan. "Kenapa awak ketawa?", soal Athirah. Imran hanya menggelengkn kepalanya sambil menekup mulutnya menahan ketawa. "Awak serious ke?", soal Imran lagi. Athirah yg rasa seperi pelik tidak menjawab dan hanya memandang tepat ke mata Imran. Imran masih tersenyum dan ketawa. Athirah yg terasa seperti dipermainkan terus menarik kerusi dan beredar dari situ. Imran mula rasa serba salah dan berlari mendapatkn Athirah. "Lepaskn tangan saya!", jerit Athirah perlahan. "Awak saya minta maaf, saya x berniat nk bergurau dengan awak. Saya memang serious", kata Imran. "Sudahlah awak, cukup! saya xnk awak mainkan perasaan saya lagi", balas Athirah sambil airmatanya mula mengalir. "Saya tahu awak betul sukakan saya sebab tu saya berani meluahkn perasaan saya pada awak tadi", sambung Imran lagi. "Jadi kenapa awak ketawa bila saya ckp saya suka pada awak", soal Athirah lagi. Imran mengeluarkn tisu di poketnya lalu mengelap gigi Athirah. "Saya tergelak sebab benda ini", Imran menunjukkan sedikit cili hijau yg terlekat di gigi kapak Athirah. Athirah termalu sendirian lantas mencubit manja Imran. "Awak tak baik tau buat saya mcam ni. Kenapa x cakap je", jawab Athirah merajuk. "Saya x sempat nk bagitahu, awak tengah seriuos kan, saya x tahn nk gelak tu yg tergelak sampai tutup mulut. Saya x nak terbantut kn percakapan awak masa tu. Saya takut bila saya tegur awak terus terdiam malu. Nanti sampai bila pun saya x tahu awak suka saya kn", balas Imran sambil menahan perutnya ketawa. Mereka ketawa berpanjangan mengenangkn peristiwa itu. Imran juga banyak berubah setelah mengenali Athirah. Dia mula mendekatkn diri kepada tuhan dan saudara-maranya. "Awak telah mencuri hati saya" bisik Imran di telinga Athirah.

FYI:
Awak berjaya mencuri hati saya sepenuhnya
Awak sangat saya sayang
Awak buat saya rasa bahagia
Awak sangat saya cinta

bed time story ~ Awak curi hati saya - PART 6

Hari ini adalah hari ke-2 terakhir sesi perawatan Athirah. Perubahan pada kulitnya semakin ketara dan semakin cantik. Sesi perawatan untuk bulan terkahir juga telah bertukar pada hari sabtu. Setelah selesai sesi rawatan Athirah pergi ke kaunter bayaran untuk melangsaikn saki baki bayarannya. "Cik Athirah, bil cik Athirah dah langsai sepenuhnya. Cik tidak perlu untuk buat pembayaran lagi selepas ini". kata gadis berbangsa Cina di kaunter pembayaran. Athirah bingung lalu bertanya "Ada diskaun ke? saya rasa saya x bayar untuk 2 sesi lagi", soal Athirah. Gadis itu mengangguk sambil tersenyum. "Sebenarnya ada orang dah langsaikn untuk cik Athirah", jawab gadis itu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Imran di satu sudut pusat itu. Athirah terkedu lalu mendapatkn Imran.

"Maafkan saya, sebab lupa akan tanggungjawab saya", mohon Imran. "Ermm takpe, saya boleh bayar semua tu, lagipun hanya 2 bulan je saya kena bayar kn", jawab Athirah sambil tersenyum. "Tapi kemana awak menghilang ye? awak ada masalah ke or awak sangat busy?", soal Athirah lagi. "Nanti saya cerita ye, jom saya belanja makan", ajak Imran. Athirah bersetuju lalu mereka melangkah pergi meninggalkn pusat rawatan terbabit.

Imran berterus-terang kepada Athirah akan hubungannya bersama Sofea. Selama sebulan setengah kehilangannya adalah disebabkn die terlalu leka bercinta dengan Sofea. Akantetapi hubungan mereka dihidu oleh Hussein 2 minggu yg lalu. Peperangan yg besar telah tercetus di antara keluarga Sofea dan Hussein. Demi menjaga nama dan maruah keluarga Sofea bersetuju melepaskn Imran dan berkahwin dengan Hussein. Hussein pula sangat menyanyangi Sofea dan sanggup menerima Sofea walau apapun keadaan Sofea ketika itu. Sofea juga telah belajar untuk melupakan Imran. Imran tidak dapat menahan sebak ketika menceritakn kisah sedihnya kepada Athirah. Air matanya jatuh bercucuran dibahu Athirah. Athirah hanya membiarkn bahunya ditumpangi Imran. Tidak mampu utk dia menolak apatah lagi melihat akan keadaan Imran itu dia berasa sungguh kasihan.

Setelah reda, Athirah menghulurkn sehelai tisu. "Dah la jangan nangis lagi, org tgk x malu tau", kata Athirah berseloroh. Imran tertawa kecil. "Maafkan saya ye", ujar Imran. "xper saya paham awak. Bukan senang nk melupakn org yg kita sayang bertahun-tahun, awak sabar yer. kalau dia memang jodoh awak, pusing mana pun satu hari nanti dia akan tetap menjadi milik awak. Tapi kalau dia bukan jodoh awak, awak bercinta atau berkahwin bila-bila masa pun awak boleh berpisah dengan dia. Awak rasa baik awak berpisah sekarang or berpisah selepas awak dah berkahwin dgn dia? Orang kata cara untuk melupakan seseorang adalah dengan menyibukkan diri. Awak keluar lah dengan kawan-kawan awak bila awak rasa sunyi. Sebab selalunya perasaan tu akan datang menganggu bila kita rasa sunyi. Mula-mula tu memang x boleh nk hindar cuma kita kena dekatkn diri kita dengan objek yg lain seperti Tuhan, masyarakat sekeliling cth nye kawan awak ke kucing ke atau sesuatu yg awak minat", terang Athirah. Imran hanya diam membisu memikirkn kata-kata Athirah. Mungkin ada benarnya juga kata Athirah. "Terima kasih atas nasihat awak, lepas ni kalau saya sunyi boleh saya cari awakkn", kata Imran sambil tersenyum memandang Athirah. "Boleh jer tapi minggu depan hari terakhir la saya boleh temankan awak", jawab Athirah. Imran terkejut dengan jawapan Athirah. "Kenapa pula terkahir? awak nk pergi mana?" soal Imran tanda kehairanan. "Takdelah x pergi mana pun. kan selalunya awak akan jumpa saya semasa sesi rawatan je. So, minggu depan adalah hari terakhir saya", balas Athirah. "Ooo, Awak buat saya panik je. Kenapa saya x boleh jumpa awak hari lain ke? awak dah ada boyfriend ye? Maklumlah org tu dah cantik sekarang", gurau Imran. Athirah ketawa besar mendegar gurauan Imran itu."Awak ni takdelah sampai ke situ. Kan kebiasaannya awak hanya jumpa saya hari rawatan je. So, saya ingat awak x boleh jumpa saya hari lain", sambung Athirah. "Errmmm, bukan macam tu saya segan nk ajak awak keluar takut awak ingat saya ambil kesempatan pada awak pula", jawab Imran. Mereka berdua terus menikmati hidangan dan menonton wayang. Agenda yg tergendala suatu ketika dahulu. Imran asyik merenung wajah mulus Athirah. Nampak perubahan ketara pada wajahnya, semakin cantik dan berseri. Memang berbaloi ke pusat kecantikan itu. Sedari dulu dia suka melihat wajah Athirah tapi memandangkn dia masih mempunyai Sofea. Dibuangnya perasaannya itu jauh-jauh khuatir jika dia memainkn perasaan kedua-dua pihak nanti.

bed time story ~ Awak curi hati saya - PART 5

Jam menunjukkan hampir 11 malam. Kedengaran bunyi nada dering telefon bimbit Imran. Imran berlari anak ke biliknya. Nombor yg tidak dikenalinya terpapar di skrin. "Hello", Imran menjawab panggilan tersebut. "Im, I ni. Sofea", kedengaran suara lembut di talian. Imran terkedu lantas membisu. "Im, I know u marah kt I, but please listen to me first. I ada byk benda nk cerita dgn U. Tolonglah bagi I peluang untuk berterus-terang", rayu Sofea. Imran hanya membisu. "Im, please jgn buat mcm ni. I really wanna see u. Please Im", rayu Sofea lagi. Setelah beberapa Sofea merayu barulah Imran bersetuju berjumpa dengannya.

Pertemuan mereka diatur secara sulit bimbang jika hussein mengetahuinya. "Hi Im, u look gorgeous tonight", puji Sofea. Imran hanya senyum tawar sambil membalas "U pun makin cantik sekarang. No wonder la ramai lelaki sukakn U", perli Imran. Sofea menarik manja lengan Imran ke meja yg ditempah mereka. "Im, U ingat x dulu kita selalu dating kat sini. Romantik sangat kan", kata Sofea. Imran hanya mengangguk. Imran semakin tidak sabar untuk mendengar alasan Sofea lantas dipandang tepat ke muka Sofea sambil memegang kedua tangan Sofea seraya berkata. "Fi, kenapa U buat I macam ni? U dah x sayangkn I ke. U tahu I tunggu U 5 tahun Fi. Tergamak U hancurkan hati I kan. I sanggup membujang sampai sekarang semata-mata I tunggu U", Imran meluahkan isi hatinya dan tanpa disedari air matanya mengalir di pipi. Imran sanggup menghabiskn usianya sehingga 34 tahun semata-mata mahu menunggu Sofea tamat belajar dan mengahwininya. Sofea berasa kasihan terhadap Imran. Dia semakin bingung dengan dirinya yg terpaksa memilih 1 daripada 2 ketika ini.

Hussein merupakan anak kawan papanya. Mereka ditunangkn atas perjanjian kedua org tua mereka. kebetulan Hussein belajar di tempat yg sama dengan Sofea, maka perhubungan mereka menjadi akrab dan mesra. Walaupun ketika itu perhubungannya bersama Imran masih seperti biasa. Kadang-kadang dia keliru siapa yg dia sayang sebab keduanya sangat baik dan sayang akannya. "Sofea", Imran memanggil Sofea yg seakan mengelamun. Sofea tersedar daripada lamunan lantas menceritakn babak pertemuan dan pertunangannya bersama Hussein. "Im, percayalah hati I pada U. I terpaksa lakukan semua ni untuk papa I. I berjanji dengan U, I akan cari jalan penyelesaiannya. I takkan tinggalkan U. I janji", janji Sofea bersungguh. Mereka kelihatan sangat bahagia dan mesra malam itu. Pertemuan seterusnya terus dirancang agar bibit-bibit cinta mereka kembali mekar seperti dulu. Hampir setiap hari mereka bertemu tanpa pengetahun Hussein. Mereka seperti belangkas, di mana ada Imran di situlah ada Sofea. Kemana mereka pergi pasti menjadi tumpuan kerna wajah mereka yg menarik.

"Mana Imran ni?", getus hati kecil Athirah. Hampir sejam Athirah menunggu di hadapan pusat rawatan tp Imran tidak muncul-muncul. "Imran terlupa agaknya", bisik hati kecil Athirah lagi. Athirah segan untuk menghantar mesej pada Imran, segan untuk meminta wang daripadanya untuk membayar kos rawatannya. Lagipula, Imran selalunya akan menghubungi Athirah untuk pembayaran seterusnya. Athirah membuat keputusan untuk menggunakan wangnya sendiri.

Kini hampir sebulan setengah Imran tidak menghubunginya. Athirah juga tidak menghubungi Imran khuatir jika Imran menganggapnya bukan-bukan mengenai pembayaran itu nanti. Ahitrah nekad untuk mengahbiskn rawatannya dengan perebelanjaan sendiri. Tinggal 4 sesi sahaja lagi. Kulitnya juga semakin cantik dan berseri. "Lepas ni boleh la saya cari calon suami", bisik hati kecil Athirah sambil tersenyum di birai katil.


FYI:
Kenapa awak diam? awak lupa saya ke?
kenapa awak pergi? saya ada buat salah ke?

bed time story ~ Awak curi hati saya - PART 4

Hari perawatan yg berubah jadual pada hari Sabtu pukul (3.00pm)
Hari ini Athirah mengenakn jubah berwarna ungu serta seluar jeans straight cut sambil kepalanya dibaluti sehelai shawl berbunga berwarna pink dan ungu. Athirah mengunggu Imran seketika di depan pusat rawatan sebelum die memulakn sesi pada hari sabtu itu. Sesampainya Imran disitu, matanya terus mencari Athirah. "Maaf terlewat, jalan raya sesak tadi", kata Imran. "Takper, benda kecil jer tu. Saya masuk dulu yer", jawab Athirah. Imran mengangguk sambil ke kaunter membuat pembayaran.
Setelah hampir sejam setengah, mereka bertemu semula di hadapan pusat rawatan. "Eh jom solat asar dulu", ajak Athirah. "Errr, ok", jawab Imran teragak-agak. Athirah terus ke surau wanita yg disediakn. Imran pula hanya menunggu di luar. Imran bukanlah seorang yg dididik dgn nilai2 agama. Kehidupannya agak sosial dan lebih kepada hidup yg bebas. Akantetapi die masih mempunyai nilai2 kemanusia dan menghormati orang lain.

Setelah selesai solat, mereka jalan beriringan ke sebuah cafe. "Awak nak makan apa?", soal Imran. "Ermmm, hari ni saya belanja ok, asyik awak je belanja". balas Athirah sambil tersenyum. "Awak baru dapat gaji ke nak belanja saya ni?", soal Imran. Athirah tersenyum menampakkan giginya yg putih. "Tapi saya x mampulah nk belanja awak kat restoran yg mahal-mahal. Setakat RM100 tu boleh lah", kata Athirah tersipu-sipu. Imran juga tersenyum melihat gelagat Athirah. "Ok saya x kesah, saya makan je apapun", balas Imran. "Betul ni, kalau macam tu kita pergi nandos jerla", ajak Athirah. "Awak nk order apa?", soal Imran. "Saya x reti lah makan tempat-tempat mcam ni. Ikut awak lah", balas Athirah. "Eh, tadi awak ajak saya makan sini tp awak pula tak tahu order", soal Imran. Athirah tersenyum seraya berkata "saya teringin nk makan kt sini cuma x reti nk order jer". Imran tersenyum lantas memesan makanan untuk mereka berdua. "Eh awak ada plan apa-apa ke hari ini?" soal Imran lagi. "Ermm xde, kenapa?", soal Athirah kembali. "Kalau xde awak temankn saya tgk wayang boleh x, saya belanja awak pula?" pinta Imran. Setelah berfikir sejenak Athirah bersetuju menemani Imran menoton wayang.

Setelah penat menunggu makanan yg dipesan pn tiba. "Wah, bestnya bau lapar terus dibuatnya", kata Athirah sambil menghidu makanan yg terhidang didepannya. Ketika itu mata Athirah terpandang seorang wanita melintas di sekitar itu. "Cantiknya, perempuan tu. Kacukan agaknya", kata Athirah kagum melihat wanita yg memakai dress pink. Sememangnya wanita itu amat cantik seperti kacukan belanda dan cina. Imran yg ketika itu mahu menyuap makanan terhenti dan terus meneliti wanita itu. "Sofea", bisik Imran. Imran bangun untuk mendapatkn Sofea. Athirah yg bingung dengan keadaan itu hanya mampu melihat.

"Sofea! Sofea!", jerit Imran kecil. Sofea yg ketika itu sedang berjalan bersama Hussein buah hatinya terhenti dan memandang ke arah Imran. Alangkah terkejutnya dia melihat Imran di hadapannya, lantas tangannya dilepaskn daripada tgn Hussein. "Bila u balik? kenapa x bagitahu I?", soal Imran. Sofea tergagap-gagap mahu membalas pertanyaan Imran. "Errr.. se.. se... 2 minggu lepas", jawab Sofea. Hussein hanya tersenyum dan merangkul pinggang Sofea dengan mesranya. Sofea jadi tidak selesa dengan kelakuan Hussein di depan Imran. "Sayang, kalau x salah I ni kan ex-bf u yg u ceritakn kt I dulu",soal Hussein. Imran hanya terdiam dan kelu tidak berkata apa-apa. Sofea menjadi serba salah kerana menipu Hussein dan juga Imran. Hatinya sayang dan tidak mahu kehilangan keduanya sekali. "Hi I Hussein, tunang Sofea", kata Hussein memperkenalkn dirinya dengan bangga. Imran membalas sambil memperkenalkn dirinya dan minta diri untuk beredar dari situ. Sofea merasakan kakinya berat utk melangkah pergi meninggalkn Imran.

Imran kembali ke meja dengan wajah yg suram. "Awak ok? sapa dia tu", soal Athirah yang sedari tadi memerhatikan gelagat mereka bertiga. Imran tidak memjawab malah meminta diri untuk pulang. Imran meninggalkn Athirah dalam keadaan tertanya-tanya. Athirah agak sedikit kecewa bila makanan yg dipesan tidak sempat dijamah oleh Imran. Dia menghabiskn makanannya dengan perasaan yg sedih. "Dahlah susah aku nk belanja, dia xnk makan pulak. Tahulah murah tapi mahal jugakla untuk aku ni", ngomel Athirah sendirian. "Waiter, tolong bungkuskn yang ini", pinta Athirah. Athiran pulang ke rumah dengan perasaan hampa dan penuh tanda tanya. Dia memahami jika Imran ada menyembunyikn sesuatu daripadanya.


FYI :
Dalam diam-diam awak curi hati saya.
Dalam diam-diam awak sakitkn hati saya.
Dalam diam-diam awak kecewakan saya.
Dalam diam-diam awak tahu saya mula suka pd awak!

Sunday, February 13, 2011

bed time story ~ Awak curi hati saya - PART 3


"Awak memang suka pakai jubah ye?" soal Imran pada satu malam. Athirah mengangguk sambil tersenyum. "Cantik, saya suka tengok. Masih elegent walaupun menutup aurat", puji Imran. Tersipu Athirah mendengar pujian Imran. Athirah semenangnya gemar mengenakan jubah rekaanya sendiri. Setiap rekaan jubahnya akan digayakan dengan seluar jeans. Baginya outfit yg digayakannya itu sungguh selesa dan senang digayakannya. Lagipula ianya sesuai dengan umurnya dan juga tidak menampakkan susuk tubuhnya.

Terdetik perasaan kagum dalam naluri hati Imran melihat penampilan Athirah setiap kali mereka bertemu. Apatah lagi setiap yg melekap ditubuhnya adalah rekaannya sendiri. Tidak dinafikan juga Athirah mempunyai wajah yg redup dan manis. Dengan perwatakannya yg sopan membuatkan penampilan bertambah ayu. "Awak? Awak ok?" soal Athirah melihatkan Imran senyap seketika. Imran tersedar dari kahayalannya lantas tersenyum. "Awak ingat sapa? buah hati yer?", soal Athirah. Imran hanya mempu tersenyum. "Eh awak takpe ke teman saya selama ni? takde yg marah ke?" soal Athirah lagi. "Kenapa awak tanya soalan tu sekarang?", Imran saje mengenakn Athirah. Athirah hanya terdiam. Dia pn tidak tahu mengapa die tidak pernah tanya soalan itu selama ini. Manalah tahu jika si Imran ni suami orangkah. "Jangan risau saya belum berkahwin tapi saya sudah ada kekasih. Dia belajar di UK. Lagi 4 bulan dia nk habis study di sana", balas Imran.

Sedikit cemburu mendengar jawapan Imran tapi Athirah cuba untuk mengawal perasaannya itu. Memang selama perkenalan mereka telah terdetik perasaan suka dihatinya terhadap Imran. "ooo, patutla awak berani keluar dengan saya yer", Athirah berseloroh. Imran hanya tersenyum sambil membalas "kita bukan buat maksiat pun kn. Kita hanya makan-makan jer". Athiran hanya mengangguk senyum. Patutlah Imran tidak pernah mengajaknya keluar selain dari hari perawatannya. "Dulu saya muskil jugak, sebab awk boleh teman saya malam-malam macam ni. Nak kata suami orang takkanlah pula sebab awak tinggal serumah dengan member awak. Nak kata awak takde kekasih takkan pula, sebab awak ni hensem, kaya pula tu. Mustahil takde kekasih kan. Rupanya kekasih awak kt luar negara", kata Athirah. "Awak marah ke saya tak berterus terang dengan awak selama ini? saya bosan sorang duduk rumah sebab tu saya datang teman awak ni. At least saya takdelah rasa sunyi sangat", balas Imran. Athirah hanya menggelengkn kepala. Walaupun perasaan sedikit rasa kecewa.

"Awak next week saya punya appointment tukar hari sabtu pukul 3 petang", kata Athirah. "Ooo kenapa tukar?", soal Imran. "Saya punya consultant ada hal so dia terpaksa reschedule balik appointment", balas Athirah. "Oklah sabtu nanti kita jumpa ye", balas Imran. Athirah mengangguk sambil menghabiskan hidangannya.

FYI:
Awak buat saya rasa bersalah
Awak buat saya rasa bahgia
Awak buat saya rasa terjaga
Awak buat saya rasa happy
Awak buat saya rasa sebagai pencuri

bed time story ~ Awak curi hati saya - PART 2

Nak tahu apa yg Athirah minta pada Imran? Hehe. Dia minta Imran membiayai rawatan kulit utk seluruh badannya.

Sebenarnya Athirah telah lama mengumpul duit untuk merawat kulitnya bagi mendapatkn kulit yg cantik dan bersih. Dia merasakan kekurangan yang ada padanya itu menyebabkn dia tidak berumahtangga sehingga sekarang. Bimbang jika bakal suaminya akan meninggalkannya setelah melihat keadaan kulitnya yg tidak cantik itu, jadi dia nekad untuk mencantikkan dirinya utk siapapun bakal suaminya nanti. Dia mengidamkan kulit yg cantik sebelum umurnya mencecah 30 tahun. Kini usianya sudah menjangkau 29 tahun. Dia semakin risau meniti usia 30-an. Susah tentu dia bakal bergelar ANDALUSIA anak dara lanjut usia. Bagi dirinya mungkin itu tidak menjadi masalah utama tp bg masyarakat sekeliling itulah yg menjadi bahan umpatan terutama saudara mara.

"Hello, boleh cakap dengan Athirah", soal lelaki didalam talian. "Yer Athirah bercakap, sapa di sana yer?" soal Athirah. Imran memperkenalkan dirinya. Mereka berbincang mengenai perjanjian yg telah termetrai di antara mereka. "Ok, macam inilah, saya dah bincang dengan pusat rawatan tu. Saya boleh bayar secara ansuran atau sekaligus", kata Athirah. "Oklah kalau macam tu, pembayaran dibuat macamana?", soal Imran. "Ianya boleh dibayar setiap kali selepas rawatan atau di bayar separauh sebgai deposit dan separuh bila semua selesai", balas Athirah. "Ermm kalau mcm tuh saya akan bayar setiap kali selesai rawatan, boleh?", soal Imran. Athiran bersetuju apapun cadangan Imran. Oleh kerana Imran lah yg akan bertanggungjawab menlangsaikan segala pembayaran perawatan itu nanti.

Hari perawatan Athirah adalah 4 kali seminggu dan ianya jatuh pada setiap khamis malam. Jadi setiap khamis malam Athirah akan menghadirkn diri ke pusat rawatan itu sambil ditemani Imran. Rawatan itu mengambil masa sejam setengah untuk selesai. Sementara mengunggu Athirah selesai Imran akan lepak di mana-mana kedai yg berdekatan. "Hello, awak dekat mana? saya dah nk abis ni" soal Athirah. "Ok saya datang sekarang", balas Imran. Setelah selesai membuat pembayaran Imran mengajak Athirah utk makan malam. Mereka makan di restoran berhampiran.

"Ermmm awak tadi saya dah tanya dekat kaunter, dia kata pembayaran boleh dibuat melalui online sebelum atau selepas rawatan. Jadi awak tak payah lah susah nk datang sini lagi. Kesian kat awak nk tunggu saya selalu", kata Athiran memulakn perbicaraan. "Ermmm, takper sebenarnya saya memang bosan duduk rumah. Dari takde keje baik saya teman awak kat sini. Boleh jugak lepak-lepak sambil tunggu awak." balas Imran sambil tersenyum. Athirah membalas senyuman Imran dengan perasaan serba salah. Dia merasakan dirinya itu membebankan Imran. Menyesal dia membuat permintaan sebegitu pada Imran. "Macamana rawatan tadi? ok tak?", soal Imran sekaligus mematikan lamunan Athirah. "ha. ok-ok, sangat bagus. Lyanan mereka pun high-class. Sangat berpuas hati", jawab Athirah. Imran tersenyum sambil mengangguk kepala. Perbualan mereka diteruskan mengenai kerjaya masing-masing.

Imran merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka di ibukota manakala Athirah hanya seorang senior executive disalah sebuah syrikat yg kecil. Imran merupakan anak tunggal dan tidak mempunyai keluarga. Orang tuanya telah lama meninggal dunia kemalangan. Kini die hanya mempunyai pakcik-pakciknya, namun begitu dia jarang bertemu pakciknya dan mereka tidaklah rapat. cuma diwaktu raya di melawat pakcik-pakciknya itu. Athirah pula sekdar mempunyai keluarga yg sederhana besar. Hidupnya yg sederhana membuatkan dirinya tampil sederhana.

Pertemuan seterusnya, seperti biasa Athirah menghabiskan masanya di pusat rawatan manakala Imran manghabiskn waktunya melayari internet di sebuah cafe. Setelah selesai rawatan mereka akan meluangkan masa bersama di cafe berdekatan. Begitulah rutin setiap minggu yg mereka akan lakukan bersama. Lama-kelamaan hubungan mereka semakin akrab. Kini hampir empat bulan mereka bertemu. Mereka tidak lagi merasa kekok untuk bergurau senda dan mengenakan satu sama lain. Pertemuan mereka hanya sekali seminggu itupun mengikut hari perawatan Athirah. Mereka tidak pernah keluar bersama selain daripada waktu perawatan itu. Perjumpaan mereka juga terbatas sehingga makan malam sahaja.


FYI :
Awak tiba-tiba buat saya rasa bersalah
Awak tiba-tiba buat saya rasa dihargai
Awak tiba-tiba buat saya rasa pemurah
Awak tiba-tiba buat saya rasa baik hati
Awak tiba-tiba buat saya rasa suka kat awak!

bed time story ~ Awak curi hati saya - PART 1


arghhhh! mana ubat aku nih.. bisik imran menahan kesakitan di kepalanya. Langkahnya semakin perlahan dan tidak stabil. Di rabanya botol kecil di dalam brief case nya. Akibat kesakitan yg amat sgt dia jatuh terjelupuk di tepi jalan raya. Kebetulan semasa itu sebuah kereta yg dipandu laju meluru ke arahnya. Kesakitan yg menguasai dirinya hanya mampu die melihat kereta itu menghampirinya. Dia menutup matanya dan hanya berdoa jika tuhan masih mahu memanjangkn umurnya.

Tiba-tiba dia terasa seperti badannya ditarik ke tepi jalan. Lantas die membuka matanya. Sepasang mata yg redup sedang memerhatikannya. "Awak tak apa-apa?" katanya lembut. "Terima kasih sebab selamatkn saya" ujar Imran sambil memegang kepalanya yg semakin berat. "Ada apa-apa yg boleh saya tolong, saya tgk awk ni mcm sakit jer. Saya hantar awk ke klinik ye?" ujar wanita itu lagi. "Sorry, saya migrain, kepala saya sakit yg teramat". kata Imran yg semakin lemah. "Awak ada ubat?" soal wanita itu. Imran hanya mengangguk sambil menujukkan bag disisinya. Wanita itu menggeledah bag tersebut dan menemui sebiji botol lalu di keluarkn sebiji pil dan memberikannya kepada Imran. Imran menelannya dan mula memejamkn matanya.

Imran terjaga dari tidur di dapati dirinya berada di dalam kamarnya. Kepalanya masih pening dan die menguatkn dirinya utk bangun dari katil. Di pergi ke ruang tamu rumahnya dan mendapati rakan serumahnya sedang menonton tv. "Ha, Im ko dah ok ke?" soal haikal teman serumahnya. Imran mengangguk perlahan tanda dia semakin sihat. "Haikal, macamana aku boleh sampai kt rumah? sapa yg hantar aku tadi?" soal Imran pada Haikal. "Tadi ada budak perempuan mana ntah yg hantar ko, aku pn x kenal. Dia kata nama dia Athira. Bukan budak opis ko ke?" Balas Haikal. Imran hanya menggeleng. "Dia ada bg ko apa2 tak?" soal Imran lagi. Haikal hanya menggeleng. Imran pn berlalu ke kamarnya untuk sambung berehat.

Keesokan harinya die telah pergi ke tempat kejadian semalam dengan harapan dia akan menemui wanita yg menyelamatknnya semalam. Dia rasa sangat terhutang budi dan nyawa kepada wanita tersebut. Setelah hampir 2 jam menunggu kelibat wanita yg ditunggu-tunggunya itu pun menjelma. Akantetapi hatinya masih tertanya-tanya adakah itu wanita yg menyelematknnya semalam. Wanita itu semakin menghampirinya. Dia agak teragak untuk menegur wanita terbabit. Wanita yg semakin menghampirinya itu mengukirkn senyuman. "Awak dah sihat?" sapanya. Imran membalas semyumannya. Ternyata benar wanita inilah yg telah membantunya semalam. "Minta maaf, semalam sy pengsan dan tak sempat nk ucapkn terima kasih pada awak. Kenapa awk x tingglkn nombor telefon awk semalam?" soal Imran. "ooo, xpe la benda kecil je, yg penting awk dah selamatkn". balas wanita itu yg tidak pernah lekang dengan senyuman. "Eh, mana boleh macam tu, awak dah selamatkn nyawa saya, saya berhutang budi dan nyawa dengan awak, saya mesti membalasnya, by the way, saya ..."kata Imran. Sebelum sempat dia memperkenalkan dirinya wanita itu terus mencelahnya. "IMRAN, saya ATHIRAH". Imran tersenyum "Mana awak tahu nama saya?", soal Imran. "Semalam masa awak pengsan saya hantar awak ke klinik dan saya nampak nama dan alamat awak di kad pengenalan awak. So, saya tahulah awak tinggal kat mana jugak", jawab wanita itu sambil tergelak kecil. Imran juga tergelak kecil setelah mendengar cerita itu. "Ermm awak kerja area sini ke?" soal wanita itu pula. "Ooo, tak lah, saya keje area ampang. client saya area sini" balas Imran. "Jadi, awak baru lepas jumpa client la ni yer", soal Athirah lagi. Imran menggeleng. Athirah mengerutkn dahi menandakn dia tidak paham. "Sebenarnya saya ke sini untuk mencari awak. Saya berharap sangat awak lalu disini hari ini. Sebab saya nk ucapkan terima kasih kepada awak." kata Imran. "awak ni, x perlulah macam tuh. saya tolong awak ikhlas", balas Athirah.

"Awak saya dah berhutang budi dengan awak, kalau x kerana awak semalam saya tak tahu saya hidup lagi ke tidak" jawab Imran kesal. "Awak hidup dan mati kita di tgn tuhan. Kalau awak nk berterima kasih baik awak memanjatkn syukur kepadaNya." balas Athirah sambil tersenyum. Imran mengangguk perlahan lantas mengeluarkn sesuatu dari poketnya dan menghulurnya kepada Athirah. "Awak ambil lah ini", kata Imran sambil menghulurkn sekeping cek bernilai rm50,000. Athirah terkedu lalu menolaknya bulat-bulat. "Apa awak ni, kan saya dah cakap dekat awak. Saya tolong awak ikhlas, saya tak nak apa-apa daripada awak. Awak tak paham ke?" balas Athirah yg mula tidak senang dengan keadaan itu. "Tolonglah cik Athirah terima cek ini, nyawa saya lebih penting dari nilai cek di kertas ini, saya merayu pada cik Athirah. Jika cik Athirah x terima cek ini sampai ke mati saya akan merasa terhutang nyawa dengan cik Athirah. Even dgn nilai cek inipun saya masih terasa terhutang nyawa dengan awak. Tolonglah terima ye cik Athirah", rayu Imran. Athirah hanya menggelengkn kepalanya. Lantas mahu meninggalkn Imran di situ tetapi langkahnya terhenti apabila Imran menghalangnya pergi. "Tolong awak jgn buat saya mcmni, saya tak tenteram selagi saya tak balas jasa baik awak. Kalau awak tak nak cek ini takpe cuma saya minta pada awak, minta lah apa sahaja sebagai balasan utk kebaikan awak semalam", pinta Imran bersungguh. Athirah serba salah, dia tidak mampu berkata. "Awak mintalah apa-apa je yg awak rasa awak nk sepanjang hidup awak tp masih belum tercapai, saya akan kabulkn permintaan awak itu",tambah Imran lagi. Athirah memandang tepat ke arah Imran. "Ok, betul ni. apa-apa pun boleh", soal Athirah sambil memandang Imran sinis. Imran menggangguk laju sambil tersenyum. Athirah pn tersenyum lalu membisikkn sesuatu di telinga Imran. "Itu je? ok boleh. Saya takde masalah. Saya akan kabulkan permintaan awak tu", balas Imran sambil tersenyum. Imran memberikan Athirah kad namanya sambil dibalas Athirah dengan kad namanya juga. Mereka memulakan perkenalan mereka di situ dan bersurai setelah perbualan mereka selesai.


FYI:
Adakah saya seorang yg baik
Adakah saya seorang yg prihatin
Adakah saya seorang memahami