Pages

Monday, February 14, 2011

bed time story ~ Awak curi hati saya - PART 5

Jam menunjukkan hampir 11 malam. Kedengaran bunyi nada dering telefon bimbit Imran. Imran berlari anak ke biliknya. Nombor yg tidak dikenalinya terpapar di skrin. "Hello", Imran menjawab panggilan tersebut. "Im, I ni. Sofea", kedengaran suara lembut di talian. Imran terkedu lantas membisu. "Im, I know u marah kt I, but please listen to me first. I ada byk benda nk cerita dgn U. Tolonglah bagi I peluang untuk berterus-terang", rayu Sofea. Imran hanya membisu. "Im, please jgn buat mcm ni. I really wanna see u. Please Im", rayu Sofea lagi. Setelah beberapa Sofea merayu barulah Imran bersetuju berjumpa dengannya.

Pertemuan mereka diatur secara sulit bimbang jika hussein mengetahuinya. "Hi Im, u look gorgeous tonight", puji Sofea. Imran hanya senyum tawar sambil membalas "U pun makin cantik sekarang. No wonder la ramai lelaki sukakn U", perli Imran. Sofea menarik manja lengan Imran ke meja yg ditempah mereka. "Im, U ingat x dulu kita selalu dating kat sini. Romantik sangat kan", kata Sofea. Imran hanya mengangguk. Imran semakin tidak sabar untuk mendengar alasan Sofea lantas dipandang tepat ke muka Sofea sambil memegang kedua tangan Sofea seraya berkata. "Fi, kenapa U buat I macam ni? U dah x sayangkn I ke. U tahu I tunggu U 5 tahun Fi. Tergamak U hancurkan hati I kan. I sanggup membujang sampai sekarang semata-mata I tunggu U", Imran meluahkan isi hatinya dan tanpa disedari air matanya mengalir di pipi. Imran sanggup menghabiskn usianya sehingga 34 tahun semata-mata mahu menunggu Sofea tamat belajar dan mengahwininya. Sofea berasa kasihan terhadap Imran. Dia semakin bingung dengan dirinya yg terpaksa memilih 1 daripada 2 ketika ini.

Hussein merupakan anak kawan papanya. Mereka ditunangkn atas perjanjian kedua org tua mereka. kebetulan Hussein belajar di tempat yg sama dengan Sofea, maka perhubungan mereka menjadi akrab dan mesra. Walaupun ketika itu perhubungannya bersama Imran masih seperti biasa. Kadang-kadang dia keliru siapa yg dia sayang sebab keduanya sangat baik dan sayang akannya. "Sofea", Imran memanggil Sofea yg seakan mengelamun. Sofea tersedar daripada lamunan lantas menceritakn babak pertemuan dan pertunangannya bersama Hussein. "Im, percayalah hati I pada U. I terpaksa lakukan semua ni untuk papa I. I berjanji dengan U, I akan cari jalan penyelesaiannya. I takkan tinggalkan U. I janji", janji Sofea bersungguh. Mereka kelihatan sangat bahagia dan mesra malam itu. Pertemuan seterusnya terus dirancang agar bibit-bibit cinta mereka kembali mekar seperti dulu. Hampir setiap hari mereka bertemu tanpa pengetahun Hussein. Mereka seperti belangkas, di mana ada Imran di situlah ada Sofea. Kemana mereka pergi pasti menjadi tumpuan kerna wajah mereka yg menarik.

"Mana Imran ni?", getus hati kecil Athirah. Hampir sejam Athirah menunggu di hadapan pusat rawatan tp Imran tidak muncul-muncul. "Imran terlupa agaknya", bisik hati kecil Athirah lagi. Athirah segan untuk menghantar mesej pada Imran, segan untuk meminta wang daripadanya untuk membayar kos rawatannya. Lagipula, Imran selalunya akan menghubungi Athirah untuk pembayaran seterusnya. Athirah membuat keputusan untuk menggunakan wangnya sendiri.

Kini hampir sebulan setengah Imran tidak menghubunginya. Athirah juga tidak menghubungi Imran khuatir jika Imran menganggapnya bukan-bukan mengenai pembayaran itu nanti. Ahitrah nekad untuk mengahbiskn rawatannya dengan perebelanjaan sendiri. Tinggal 4 sesi sahaja lagi. Kulitnya juga semakin cantik dan berseri. "Lepas ni boleh la saya cari calon suami", bisik hati kecil Athirah sambil tersenyum di birai katil.


FYI:
Kenapa awak diam? awak lupa saya ke?
kenapa awak pergi? saya ada buat salah ke?

No comments:

Post a Comment