Pages

Monday, February 14, 2011

bed time story ~ Awak curi hati saya - PART 6

Hari ini adalah hari ke-2 terakhir sesi perawatan Athirah. Perubahan pada kulitnya semakin ketara dan semakin cantik. Sesi perawatan untuk bulan terkahir juga telah bertukar pada hari sabtu. Setelah selesai sesi rawatan Athirah pergi ke kaunter bayaran untuk melangsaikn saki baki bayarannya. "Cik Athirah, bil cik Athirah dah langsai sepenuhnya. Cik tidak perlu untuk buat pembayaran lagi selepas ini". kata gadis berbangsa Cina di kaunter pembayaran. Athirah bingung lalu bertanya "Ada diskaun ke? saya rasa saya x bayar untuk 2 sesi lagi", soal Athirah. Gadis itu mengangguk sambil tersenyum. "Sebenarnya ada orang dah langsaikn untuk cik Athirah", jawab gadis itu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Imran di satu sudut pusat itu. Athirah terkedu lalu mendapatkn Imran.

"Maafkan saya, sebab lupa akan tanggungjawab saya", mohon Imran. "Ermm takpe, saya boleh bayar semua tu, lagipun hanya 2 bulan je saya kena bayar kn", jawab Athirah sambil tersenyum. "Tapi kemana awak menghilang ye? awak ada masalah ke or awak sangat busy?", soal Athirah lagi. "Nanti saya cerita ye, jom saya belanja makan", ajak Imran. Athirah bersetuju lalu mereka melangkah pergi meninggalkn pusat rawatan terbabit.

Imran berterus-terang kepada Athirah akan hubungannya bersama Sofea. Selama sebulan setengah kehilangannya adalah disebabkn die terlalu leka bercinta dengan Sofea. Akantetapi hubungan mereka dihidu oleh Hussein 2 minggu yg lalu. Peperangan yg besar telah tercetus di antara keluarga Sofea dan Hussein. Demi menjaga nama dan maruah keluarga Sofea bersetuju melepaskn Imran dan berkahwin dengan Hussein. Hussein pula sangat menyanyangi Sofea dan sanggup menerima Sofea walau apapun keadaan Sofea ketika itu. Sofea juga telah belajar untuk melupakan Imran. Imran tidak dapat menahan sebak ketika menceritakn kisah sedihnya kepada Athirah. Air matanya jatuh bercucuran dibahu Athirah. Athirah hanya membiarkn bahunya ditumpangi Imran. Tidak mampu utk dia menolak apatah lagi melihat akan keadaan Imran itu dia berasa sungguh kasihan.

Setelah reda, Athirah menghulurkn sehelai tisu. "Dah la jangan nangis lagi, org tgk x malu tau", kata Athirah berseloroh. Imran tertawa kecil. "Maafkan saya ye", ujar Imran. "xper saya paham awak. Bukan senang nk melupakn org yg kita sayang bertahun-tahun, awak sabar yer. kalau dia memang jodoh awak, pusing mana pun satu hari nanti dia akan tetap menjadi milik awak. Tapi kalau dia bukan jodoh awak, awak bercinta atau berkahwin bila-bila masa pun awak boleh berpisah dengan dia. Awak rasa baik awak berpisah sekarang or berpisah selepas awak dah berkahwin dgn dia? Orang kata cara untuk melupakan seseorang adalah dengan menyibukkan diri. Awak keluar lah dengan kawan-kawan awak bila awak rasa sunyi. Sebab selalunya perasaan tu akan datang menganggu bila kita rasa sunyi. Mula-mula tu memang x boleh nk hindar cuma kita kena dekatkn diri kita dengan objek yg lain seperti Tuhan, masyarakat sekeliling cth nye kawan awak ke kucing ke atau sesuatu yg awak minat", terang Athirah. Imran hanya diam membisu memikirkn kata-kata Athirah. Mungkin ada benarnya juga kata Athirah. "Terima kasih atas nasihat awak, lepas ni kalau saya sunyi boleh saya cari awakkn", kata Imran sambil tersenyum memandang Athirah. "Boleh jer tapi minggu depan hari terakhir la saya boleh temankan awak", jawab Athirah. Imran terkejut dengan jawapan Athirah. "Kenapa pula terkahir? awak nk pergi mana?" soal Imran tanda kehairanan. "Takdelah x pergi mana pun. kan selalunya awak akan jumpa saya semasa sesi rawatan je. So, minggu depan adalah hari terakhir saya", balas Athirah. "Ooo, Awak buat saya panik je. Kenapa saya x boleh jumpa awak hari lain ke? awak dah ada boyfriend ye? Maklumlah org tu dah cantik sekarang", gurau Imran. Athirah ketawa besar mendegar gurauan Imran itu."Awak ni takdelah sampai ke situ. Kan kebiasaannya awak hanya jumpa saya hari rawatan je. So, saya ingat awak x boleh jumpa saya hari lain", sambung Athirah. "Errmmm, bukan macam tu saya segan nk ajak awak keluar takut awak ingat saya ambil kesempatan pada awak pula", jawab Imran. Mereka berdua terus menikmati hidangan dan menonton wayang. Agenda yg tergendala suatu ketika dahulu. Imran asyik merenung wajah mulus Athirah. Nampak perubahan ketara pada wajahnya, semakin cantik dan berseri. Memang berbaloi ke pusat kecantikan itu. Sedari dulu dia suka melihat wajah Athirah tapi memandangkn dia masih mempunyai Sofea. Dibuangnya perasaannya itu jauh-jauh khuatir jika dia memainkn perasaan kedua-dua pihak nanti.

No comments:

Post a Comment