Pages

Monday, February 14, 2011

bed time story ~ Awak curi hati saya - FINAL

hari terakhir perawatan. "Terima kasih kerana sudi memilih pusat kecantikan kami. Kami amat bangga melihat perubahan pada cik Athirah. Kami harap cik Athirah berpuas hati dengan servis dan layanan dari pihak kami" kata Miss Florance konsultan Athirah. "Yer saya sangat berpuas hati dengan servis di sini. Saya akan promosi kepada kawan-kawan saya nanti. Terima kasih banyak-banyak", balas Athirah. Athirah melangkah keluar buat kali terakhirnya dari pusat rawatan itu. Imran sedang menantinya diluar pintu gerbang pusat rawatan itu.

"Nak ke mana nih?", soal Imran. "Ermmm tak tahulah. Saya belanja awak makan jom. Hari tu saya x sempat nk belanja awak dah lari", gurau Athirah. "Maaf, saya memang x boleh nk tahan sedih masa tu", balas Imran sedih. "Okay, takpe kita pergi makan ye", ajak Athirah. Mereka berlalu pergi ke sebuah restoran Italy. Makanan yg dihidang telah pun tiba dan mereka segera menikmatinya. Sedang mereka asyik menjamu selera kebetulan lalu sepasang kekasih di tepi meja mereka. Mereka berempat saling berpandangan. "Hi Im", sapa Sofea. Imran tersedak lalu mencapai air di mejanya. Athirah membalas senyuman Sofea. Hussein juga turut memberikn senyuman. "Hi, Athirah kenalkn ini Sofea dan ini Hussein", perkenal Imran kepada Athirah. Athirah agak sedikit terkejut tetapi cuba menyembunyiknnya. "Siapa ni?", soal Sofea sambil tersenyum. Imran hanya mendiamkan diri. Athirah cuba untuk bersuara utk menjawab pertanyaan Sofea. Sebelum sempat Athirah menjawab, percakapannya dipotong oleh Imran. "Dia seorang yg special di hati I", jawab Imran selamba. Athirah mengerutkn dahi memandang Imran lantas memberikan senyuman curiga kepada Sofea dan Hussein. "Baguslah kalau macam tu, kita semua boleh mulakan kehidupan masing-masing. Nanti kalau ada rasa-rasa nk buat nasi minyak jemputlah kami ye", gurau Hussein. Semua di situ ketawa kecil seperti tidak ikhlas.

Jauh di mata Sofea ada terdetik perasaan cemburu ketika melihat Athirah dan Imran mesra. Gelagat mesra Imran dan Athirah hanya mampu dilihat dari jauh. "Sofea, U OK?", soal Hussesin. Sofea tersedar lantas mengangguk perlahan. Hussein sedar didalam hati Sofea masih ada tercalit perasaan cinta pada Imran. Tapi dia akan tetap bersabar dan menunggu Sofea memberikan sepenuh hati kepadanya. "Sepadan kan mereka tu?" soal Hussein kepada Sofea. Sofea hanya mengangguk. "Sama cantik, sama padan", balas Sofea perlahan. Hussein mengangguk setuju akan Sofea.

"Awak jangan salah paham maksud saya tadi", kata Imran pada Athirah. "Ermmm salah pahama apa awak?", soal Athirah kembali. "Pasal special tu? maksud saya special tu kawan special", balas Imran. "Oooo, xpe wak saya paham lah", balas Athirah sambil tersenyum. "Alangkah bahagianya hidup jika apa yg kau lafazkan itu suatu kebenaran, seseorang yg sngat teristimewa di dalam hati kau", bisik hati kecil Athirah. "Athirah!", panggil Imran. Athirah tersentak lalu memandang ke arah Imran. "Awak suka berangan ye?", soal Imran lagi. Athirah ketawa kecil malu dengan sikapnya. "Awak ni saya cakap apapun awak senyum jer kn. Awak ni memang suka senyum ye?", soal Imran lagi. Athirah tidak menjawab hanya membalas senyuman manja terhadap Imran. Imran hanya menggelengkn kepalanya sambil tersenyum.

Pertemuan Athirah dan Imran berlarutan sehingga ke setahun lamanya. Mereka menjadi semakin akrab dan mesra. Namun perhubungan yg berlaku antara mereka hanya sebagai sahabat semata-mata. Setiap kali terserempak dengan Sofea mereka akan berpura-pura sebagai pasangan kekasih. Sofea pada mulanya amat cemburu dengan kemesraan mereka, lama-kelamaan perasaan itu tidak lagi wujud dalam diri Sofea. Dia mula belajar untuk menerima perubahan itu sedikit demi sedikit. Hussein juga berpuas hati dengan perubahan Sofea.


"Awak macamana perasaan awak sekarang?", soal Athirah kepada Imran. "Alhamdulillah, berkat sokongan awak, saya mampu lupakan dia", balas Imran keriangan. "Ha, kan saya dah cakap kita kena belajar untuk melepaskan sesuatu yg kita sayang", sambung Athirah. Imran mengangguk tanda bersetuju. "Eh awak ni, cerita pasal saya je. Awak ni dah dapat calon suami ke belum? Awak kata selepas awak dah cantikkan kulit awak, awak nk cari suami kan", gurau Imran. "Tula awak, tapi susah lah awak nak dapat yg baik. Saya nk ngorat pun takut suami orang ke pakwe orang ke. Kenapalah takde orang nk ngorat saya yer? garang sgt ke muka saya ni", kata Athirah dalam nada kecewa. "Ermmm, awak xnak cuba ngorat saya ke?" soal Imran sambil tersenyum. "Ish awak ni, xyah nk gurau dengan saya benda-benda mcm tu ye", marah Athirah. "Saya serious ni awak", balas Imran sambil merenung mata Athirah. Athirah x keruan dibuat Imran. "Awak sebenarnya saya dah lama suka kt awak cuma saya x pasti samada awak suka pada saya atau tidak", kata Imran lagi. Athirah terdiam seketika, hatinya berbunga-bunga mendengarkn luahan hati Imran. "Awak suka saya x?", soal Imran lagi. Athirah segan untuk menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan kepalanya ditundukkan dan memberikn senyumn pada Imran

Imran tersenyum memandang Athirah dan kemudian ketawa kecil. Athirah memandang Imran kehairanan. "Kenapa awak ketawa?", soal Athirah. Imran hanya menggelengkn kepalanya sambil menekup mulutnya menahan ketawa. "Awak serious ke?", soal Imran lagi. Athirah yg rasa seperi pelik tidak menjawab dan hanya memandang tepat ke mata Imran. Imran masih tersenyum dan ketawa. Athirah yg terasa seperti dipermainkan terus menarik kerusi dan beredar dari situ. Imran mula rasa serba salah dan berlari mendapatkn Athirah. "Lepaskn tangan saya!", jerit Athirah perlahan. "Awak saya minta maaf, saya x berniat nk bergurau dengan awak. Saya memang serious", kata Imran. "Sudahlah awak, cukup! saya xnk awak mainkan perasaan saya lagi", balas Athirah sambil airmatanya mula mengalir. "Saya tahu awak betul sukakan saya sebab tu saya berani meluahkn perasaan saya pada awak tadi", sambung Imran lagi. "Jadi kenapa awak ketawa bila saya ckp saya suka pada awak", soal Athirah lagi. Imran mengeluarkn tisu di poketnya lalu mengelap gigi Athirah. "Saya tergelak sebab benda ini", Imran menunjukkan sedikit cili hijau yg terlekat di gigi kapak Athirah. Athirah termalu sendirian lantas mencubit manja Imran. "Awak tak baik tau buat saya mcam ni. Kenapa x cakap je", jawab Athirah merajuk. "Saya x sempat nk bagitahu, awak tengah seriuos kan, saya x tahn nk gelak tu yg tergelak sampai tutup mulut. Saya x nak terbantut kn percakapan awak masa tu. Saya takut bila saya tegur awak terus terdiam malu. Nanti sampai bila pun saya x tahu awak suka saya kn", balas Imran sambil menahan perutnya ketawa. Mereka ketawa berpanjangan mengenangkn peristiwa itu. Imran juga banyak berubah setelah mengenali Athirah. Dia mula mendekatkn diri kepada tuhan dan saudara-maranya. "Awak telah mencuri hati saya" bisik Imran di telinga Athirah.

FYI:
Awak berjaya mencuri hati saya sepenuhnya
Awak sangat saya sayang
Awak buat saya rasa bahagia
Awak sangat saya cinta

No comments:

Post a Comment