Pages

Monday, February 14, 2011

bed time story ~ Awak curi hati saya - PART 4

Hari perawatan yg berubah jadual pada hari Sabtu pukul (3.00pm)
Hari ini Athirah mengenakn jubah berwarna ungu serta seluar jeans straight cut sambil kepalanya dibaluti sehelai shawl berbunga berwarna pink dan ungu. Athirah mengunggu Imran seketika di depan pusat rawatan sebelum die memulakn sesi pada hari sabtu itu. Sesampainya Imran disitu, matanya terus mencari Athirah. "Maaf terlewat, jalan raya sesak tadi", kata Imran. "Takper, benda kecil jer tu. Saya masuk dulu yer", jawab Athirah. Imran mengangguk sambil ke kaunter membuat pembayaran.
Setelah hampir sejam setengah, mereka bertemu semula di hadapan pusat rawatan. "Eh jom solat asar dulu", ajak Athirah. "Errr, ok", jawab Imran teragak-agak. Athirah terus ke surau wanita yg disediakn. Imran pula hanya menunggu di luar. Imran bukanlah seorang yg dididik dgn nilai2 agama. Kehidupannya agak sosial dan lebih kepada hidup yg bebas. Akantetapi die masih mempunyai nilai2 kemanusia dan menghormati orang lain.

Setelah selesai solat, mereka jalan beriringan ke sebuah cafe. "Awak nak makan apa?", soal Imran. "Ermmm, hari ni saya belanja ok, asyik awak je belanja". balas Athirah sambil tersenyum. "Awak baru dapat gaji ke nak belanja saya ni?", soal Imran. Athirah tersenyum menampakkan giginya yg putih. "Tapi saya x mampulah nk belanja awak kat restoran yg mahal-mahal. Setakat RM100 tu boleh lah", kata Athirah tersipu-sipu. Imran juga tersenyum melihat gelagat Athirah. "Ok saya x kesah, saya makan je apapun", balas Imran. "Betul ni, kalau macam tu kita pergi nandos jerla", ajak Athirah. "Awak nk order apa?", soal Imran. "Saya x reti lah makan tempat-tempat mcam ni. Ikut awak lah", balas Athirah. "Eh, tadi awak ajak saya makan sini tp awak pula tak tahu order", soal Imran. Athirah tersenyum seraya berkata "saya teringin nk makan kt sini cuma x reti nk order jer". Imran tersenyum lantas memesan makanan untuk mereka berdua. "Eh awak ada plan apa-apa ke hari ini?" soal Imran lagi. "Ermm xde, kenapa?", soal Athirah kembali. "Kalau xde awak temankn saya tgk wayang boleh x, saya belanja awak pula?" pinta Imran. Setelah berfikir sejenak Athirah bersetuju menemani Imran menoton wayang.

Setelah penat menunggu makanan yg dipesan pn tiba. "Wah, bestnya bau lapar terus dibuatnya", kata Athirah sambil menghidu makanan yg terhidang didepannya. Ketika itu mata Athirah terpandang seorang wanita melintas di sekitar itu. "Cantiknya, perempuan tu. Kacukan agaknya", kata Athirah kagum melihat wanita yg memakai dress pink. Sememangnya wanita itu amat cantik seperti kacukan belanda dan cina. Imran yg ketika itu mahu menyuap makanan terhenti dan terus meneliti wanita itu. "Sofea", bisik Imran. Imran bangun untuk mendapatkn Sofea. Athirah yg bingung dengan keadaan itu hanya mampu melihat.

"Sofea! Sofea!", jerit Imran kecil. Sofea yg ketika itu sedang berjalan bersama Hussein buah hatinya terhenti dan memandang ke arah Imran. Alangkah terkejutnya dia melihat Imran di hadapannya, lantas tangannya dilepaskn daripada tgn Hussein. "Bila u balik? kenapa x bagitahu I?", soal Imran. Sofea tergagap-gagap mahu membalas pertanyaan Imran. "Errr.. se.. se... 2 minggu lepas", jawab Sofea. Hussein hanya tersenyum dan merangkul pinggang Sofea dengan mesranya. Sofea jadi tidak selesa dengan kelakuan Hussein di depan Imran. "Sayang, kalau x salah I ni kan ex-bf u yg u ceritakn kt I dulu",soal Hussein. Imran hanya terdiam dan kelu tidak berkata apa-apa. Sofea menjadi serba salah kerana menipu Hussein dan juga Imran. Hatinya sayang dan tidak mahu kehilangan keduanya sekali. "Hi I Hussein, tunang Sofea", kata Hussein memperkenalkn dirinya dengan bangga. Imran membalas sambil memperkenalkn dirinya dan minta diri untuk beredar dari situ. Sofea merasakan kakinya berat utk melangkah pergi meninggalkn Imran.

Imran kembali ke meja dengan wajah yg suram. "Awak ok? sapa dia tu", soal Athirah yang sedari tadi memerhatikan gelagat mereka bertiga. Imran tidak memjawab malah meminta diri untuk pulang. Imran meninggalkn Athirah dalam keadaan tertanya-tanya. Athirah agak sedikit kecewa bila makanan yg dipesan tidak sempat dijamah oleh Imran. Dia menghabiskn makanannya dengan perasaan yg sedih. "Dahlah susah aku nk belanja, dia xnk makan pulak. Tahulah murah tapi mahal jugakla untuk aku ni", ngomel Athirah sendirian. "Waiter, tolong bungkuskn yang ini", pinta Athirah. Athiran pulang ke rumah dengan perasaan hampa dan penuh tanda tanya. Dia memahami jika Imran ada menyembunyikn sesuatu daripadanya.


FYI :
Dalam diam-diam awak curi hati saya.
Dalam diam-diam awak sakitkn hati saya.
Dalam diam-diam awak kecewakan saya.
Dalam diam-diam awak tahu saya mula suka pd awak!

No comments:

Post a Comment